27 maut bas jatuh gaung di Jawa Barat

41

11 MAC: Seramai 27 orang dilaporkan maut selepas bas dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke gaung sedalam lima meter di Sumedang, Jawa Barat, Indonesia.

Dalam kejadian semalam itu, beberapa penumpang turut dilaporkan mengalami kecederaan dan kini dirawat di Rumah Sakit Umum Sumedang.

Menurut media antarabangsa, bas berkenaan yang membawa 66 penumpang itu mengalami masalah brek dalam kejadian sekitar jam 6.30 petang (waktu Indonesia Barat), semalam.

“Bas membawa rombongan pelajar dan guru Sekolah Menengah Pertama Al-Muawwanah, Subang ini dalam perjalanan dari Tasikmalaya selepas mengadakan program ziarah dan melancong,” menurut laporan media itu.

Mangsa korban ke-27 dikeluarkan dari bas yang terbalik itu kira-kira jam 7.30 pagi tadi dan pasukan mencari serta menyelamat turut mengalami kesukaran ketika menjalankan operasi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.