TH puji usaha PM dapatkan tambahan kuota haji

22

10 MAC: Penambahan 10,000 kuota rasmi haji yang diperoleh Malaysia memberi peluang kepada lebih ramai rakyat menunaikan rukum Islam kelima itu.

Lembaga Tabung Haji (TH), dalam satu kenyataan hari ini, berkata tambahan kuota itu, sekali gus dapat mengurangkan masa menunggu bakal jemaah.

“TH memuji usaha Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang berjaya mendapatkan tambahan 10,000 kuota haji rasmi daripada kerajaan Arab Saudi,” menurut kenyataan itu.

Saban tahun, katanya, TH membuat persediaan rapi di tanah air dan Makkah, bagi memastikan kelancaran umat Islam Malaysia sepanjang melaksanakan ibadah itu.

Muhyiddin pada sidang media di Arab Saudi, semalam berkata, Malaysia memperoleh jumlah tambahan kuota terbabit, selepas kerajaan negara berkenaan bersetuju memberikannya.

Perkara itu dimaklumkan Muhyiddin selepas mengadakan perjumpaan bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman di Istana Al Yamamah sempena lawatan rasmi empat hari Perdana Menteri ke Arab Saudi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.