SPRM tahan Datuk palsukan dokumen dapat projek RM8.9j

40

10 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus syarikat bergelar Datuk kerana disyaki mengemukakan butiran palsu dalam dokumen bagi mendapatkan projek bernilai kira-kira RM8.9 juta di sebuah kementerian.

Sumber SPRM berkata, projek berkenaan adalah berkaitan tender membekal makanan di institusi kerajaan bagi tempoh dua tahun bermula 2018.

Difahamkan, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 12 tengah hari, tadi

Bagaimanapun, sumber berkata suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas rakaman percakapan selesai direkod hari ini.

Pengarah SPRM Putrajaya, Hasbilah Mohamad Salleh ketika dihubungi media  mengesahkan tangkapan dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.