RON97 naik 5 sen seliter, RON95 dan diesel kekal

19

10 MAC: Harga runcit petrol RON97 naik lima sen seliter manakala harga runcit RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 Mac.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, harga baharu untuk RON97 kini RM2.40 seliter.

 Kementerian Kewangan memaklumkan harga baharu itu adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan paras harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter walaupun harga pasaran kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga siling semasa,” menurut kementerian itu lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.