Muhyiddin tiba di UAE untuk lawatan rasmi

20

10 MAC: Selepas Arab Saudi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meneruskan lawatan rasmi luar negara ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Beliau dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Terminal Presiden Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, UAE pada jam 11.50 malam waktu tempatan (3.30 pagi waktu Malaysia).

Ketibaan itu disambut Menteri Kabinet, Sheikh Shakhbout; Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Duta Malaysia ke UAE, Mohd Tarid Sufian.

Sepanjang di negara itu, Perdana Menteri dijadual bertemu dengan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.

Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi dan UAE mulai Sabtu lalu.

Lawatan itu dalam usaha memperkasa hubungan dua hala dengan negara Asia Barat berkenaan, membabitkan pelbagai bidang terutama dalam hal ehwal Islam dan perdagangan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.