Layanan China terhadap etnik Uighur bertentangan Konvensyen Genosid PBB

64

10 MAC: Puluhan pakar antarabangsa mendakwa layanan kerajaan China terhadap etnik Uighur adalah menyalahi ‘setiap tindakan’ yang dilarang Konvensyen Genosid Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menurut satu laporan badan pemikir, Newlines Institute for Strategy and Policy berpangkalan di Washington.

Laporan itu turut memberikan analisis bebas mengenai tanggungjawab undang-undang yang dipikul Beijing atas tindakan negara berkenaan di wilayah Xinjiang.

“Etnik Uighur sedang menderitai ancaman fizikal dan mental yang serius akibat penyeksaan sistematik dan layanan kejam.

“Ia termasuk pemerkosaan, penderaan seksual, eksploitasi dan penghinaan masyarakat ketika berada dalam genggaman pegawai kem,” kata laporan itu.

Newlines mengenal pasti lebih 30 pakar dalam pelbagai bidang meliputi undang-undang antarabangsa sehingga dasar etnik China yang dikatakan sudah memeriksa bukti sedia ada berhubung tindakan Beijing ke atas orang Uighur dan perincian Konvensyen Genosid.

Konvensyen itu diluluskan Perhimpunan Agung PBB pada Disember 1948 dengan ditandatangani China bersama 151 negara lain dan mengandungi sejumlah definisi genosid secara khusus.

Pada masa sama, aktivis hak asasi manusia mendakwa, sekurang-kurangnya sejuta orang ditempatkan di dalam kem tahanan di Xinjiang, tetapi China mempertahankannya sebagai pusat latihan vokasional untuk memerangi ekstremisme.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.