4 direman kes rasuah tender bekalan air bernilai RM142j

66

10 MAC: Dua pengarah dan dua lagi pengurus syarikat pembinaan direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan tender projek bekalan air luar bandar di Semporna bernilai RM142 juta pada 2019.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Stephanie Sherron Abbie di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu di sini setelah permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Difahamkan, mereka yang direman terdiri daripada lelaki berusia 27 hingga 49 tahun itu ditahan SPRM dalam operasi yang dijalankan di sekitar Kota Kinabalu semalam.

Kes berkenaan disiasat di bawah Akta SPRM 2009, namun tidak dapat dipastikan jika ada tangkapan lain berkenaan kes itu selepas ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.