NCWO sambut baik usaha wujudkan Parlimen peka gender

50

9 MAC: Usaha mewujudkan Parlimen peka gender dapat menjadi contoh terbaik kepada rakyat daripada segi perdebatan dan urus tadbir sekiranya dilaksanakan.

Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, berkata jika usaha itu terlaksana, rakyat akan menyaksikan sebuah perdebatan yang hormat gender dan urus tadbir adil gender.

“NCWO yakin jika dilaksanakan dan diamalkan dengan serius, kita juga mampu mengorak langkah dengan cergas daripada segi perundangan dan peruntukan bajet yang peka gender.

“Atas kepentingan itu, NCWO menyambut baik dan mengalu-alukan seruan Ahli Parlimen wanita ke arah Parlimen peka gender.

“Ini adalah langkah bersejarah dan sangat bermakna dalam perjuangan kesaksamaan gender,”katanya kepada PN BBC.

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, semalam, seramai 33 Ahli Parlimen wanita kerajaan dan pembangkang bersepakat untuk menjadikan Parlimen Malaysia sebagai peka gender, seperti termaktub di dalam garis panduan Kesatuan Antara Parlimen.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.