Myanmar minta PBB campur tangan tamatkan keganasan tentera

31

9 MAC: Myanmar mengutus surat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta campur tangan asing untuk menamatkan kekerasan yang dilakukan tentera negara negara itu.

Perkara itu disahkan Jurucakap PBB, Stephane Dujarric, semalam kepada media antarabangsa, Sputnik

Pada minggu lalu, Utusan Parlimen Myanmar ke PBB mengutus surat kepada Setiausaha Agung badan dunia itu, Antonio Guterres.

Surat itu bertujuan memohon Majlis Keselamatan PBB campur tangan di bawah komitmen Tanggungjawab untuk Melindungi (R2P).

R2P memberi bayangan bahawa campur tangan tentera asing sebagai langkah terakhir untuk mencegah jenayah kekejaman besar-besaran.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.