Sindiket Guna Teksi Edar Dadah Tumpas

19

8 MAC : Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket dadah yang menggunakan perkhidmatan teksi untuk mengedar dadah tersebut di sekitar Lembah Klang.

Dengan tertumpasnya sindiket itu, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3.42 juta selepas menumpaskan sindiket pengedaran bahan terlarang itu yang didalangi empat lelaki termasuk seorang pemandu teksi, pada Rabu lalu

Pemandu teksi tersebut berperanan sebagai pengedar manakala tiga suspek lagi akan pencari pelanggan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata sindiket itu dikatakan menggunakan teksi sebagai modus operandi mengedar dadah.

Menurut beliau, suspek pertama ditahan di sebuah pusat membeli belah dan hasil soal siasat membawa kepada penahanan seorang pemandu teksi.

“Hasil soal siasat lanjut, pemandu teksi itu mengaku bahawa dia menyimpan bekalan dadah dalam bonet teksi untuk tujuan mengedar kepada pembelinya di sekitar Lembah Klang.

“Berpandukan maklumat pemandu berkenaan, kita telah menyerbu sebuah kondominium mewah dan sebuah rumah di Kepong yang membawa kepada penemuan pelbagai dadah, “katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut beliau, suspek berusia antara 34 hingga 58 tahun ditahan di sekitar Lembah Klang, pada jam 4 petang Rabu lalu.

“Antara dadah dirampas adalah heroin seberat 31.1 kilogram (kg), ketamin (10.1 kg), methamphetamine (2.4 kg) ekstasi (0.9 kg) dan 400 pil Erimin 5.

“Pemeriksaan di kondominium itu turut menemui sepucuk pistol jenama Norinco buatan China, kelopak peluru, 23 butir peluru dan wang tunai RM11,792,” katanya.

Mengulas lanjut, Saiful Azly memberitahu kedua-dua lokasi terbabit dijadikan stor simpanan dadah.

“Pemandu teksi berkenaan pula menggunakan pengangkutan awam untuk mengedar dadah malah ketika ditahan, polis turut menemui dadah berkenaan disembunyikan di but kereta.

“Semua dadah dirampas mampu membekalkan kepada 80,129 pengguna dan nilai keseluruhan rampasan bahan terlarang berkenaan, wang tunai serta kereta adalah RM3.47 juta.

“Siasatan juga mendapati sindiket ini bergiat aktif di sekitar Lembah Klang sejak tiga bulan lalu,” katanya.

Tambah beliau, ujian saringan air kencing pula mendapati dua suspek positif dadah methamphetamine dan dua lagi negatif, manakala semakan mendapati semua mereka mempunyai rekod jenayah serta dadah.

“Mereka ini penjenayah tegar dan sudah beberapa kali ditahan. Dengan tangkapan kali ini, kita berjaya menumpaskan sindiket dadah warga tempatan.

“Semua suspek direman selama tujuh hari bermula Khamis lalu, mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

8 MAC : Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket dadah yang menggunakan perkhidmatan teksi untuk mengedar dadah tersebut di sekitar Lembah Klang.

Dengan tertumpasnya sindiket itut, Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3.42 juta selepas menumpaskan sindiket pengedaran bahan terlarang itu yang didalangi empat lelaki termasuk seorang pemandu teksi, pada Rabu lalu

Pemandu teksi tersebut berperanan sebagai pengedar manakala tiga suspek lagi akan pencari pelanggan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata sindiket itu dikatakan menggunakan teksi sebagai modus operandi mengedar dadah.

Menurut beliau, suspek pertama ditahan di sebuah pusat membeli belah dan hasil soal siasat membawa kepada penahanan seorang pemandu teksi.

“Hasil soal siasat lanjut, pemandu teksi itu mengaku bahawa dia menyimpan bekalan dadah dalam bonet teksi untuk tujuan mengedar kepada pembelinya di sekitar Lembah Klang.

“Berpandukan maklumat pemandu berkenaan, kita telah menyerbu sebuah kondominium mewah dan sebuah rumah di Kepong yang membawa kepada penemuan pelbagai dadah, “katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut beliau, suspek berusia antara 34 hingga 58 tahun ditahan di sekitar Lembah Klang, pada jam 4 petang Rabu lalu.

“Antara dadah dirampas adalah heroin seberat 31.1 kilogram (kg), ketamin (10.1 kg), methamphetamine (2.4 kg) ekstasi (0.9 kg) dan 400 pil Erimin 5.

“Pemeriksaan di kondominium itu turut menemui sepucuk pistol jenama Norinco buatan China, kelopak peluru, 23 butir peluru dan wang tunai RM11,792,” katanya.

Mengulas lanjut, Saiful Azly memberitahu kedua-dua lokasi terbabit dijadikan stor simpanan dadah.

“Pemandu teksi berkenaan pula menggunakan pengangkutan awam untuk mengedar dadah malah ketika ditahan, polis turut menemui dadah berkenaan disembunyikan di but kereta.

“Semua dadah dirampas mampu membekalkan kepada 80,129 pengguna dan nilai keseluruhan rampasan bahan terlarang berkenaan, wang tunai serta kereta adalah RM3.47 juta.

“Siasatan juga mendapati sindiket ini bergiat aktif di sekitar Lembah Klang sejak tiga bulan lalu,” katanya.

Tambah beliau, ujian saringan air kencing pula mendapati dua suspek positif dadah methamphetamine dan dua lagi negatif, manakala semakan mendapati semua mereka mempunyai rekod jenayah serta dadah.

“Mereka ini penjenayah tegar dan sudah beberapa kali ditahan. Dengan tangkapan kali ini, kita berjaya menumpaskan sindiket dadah warga tempatan.

“Semua suspek direman selama tujuh hari bermula Khamis lalu, mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.