KPT tanggung penuh bayaran proses UPUOnline

84

8 MAC: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022.

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, melalui pengecualian itu, permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh dimohon terus di laman sesawang upu.mohe.gov.my.

“Bayaran proses UPUOnline sebelum ini dikenakan kepada pemohon untuk mendapatkan nombor Unik ID Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai syarat untuk mengisi borang permohonan bagi melanjutkan pengajian.

NORAINI

“KPT berharap keputusan ini dapat meringankan beban para pelajar dan melancarkan urusan mereka untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, tempoh permohonan ditetapkan pada 4 Januari hingga 31 Mac bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), lepasan matrikulasi serta diploma atau setaraf.

Beliau berkata, tempoh pilihan program pengajian pula berbeza mengikut kategori masing-masing yang bermula pada 9 Mac dan berakhir pada 31 Mac tahun ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.