Affin Invikta: segmen Affin Bank untuk pelanggan mewah

11

8 MAC: Affin Bank Bhd memperkenalkan Affin Invikta, segmen unggul bank untuk pelanggan mewah di Malaysia, dengan kriteria kelayakan mempunyai jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) minimum dengan bank sebanyak RM200,000.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, segmen itu telah direka untuk meningkatkan keunikan pengalaman, kemudahan, keistimewaan dan ganjaran bagi perkhidmatan perbankan premier untuk dinikmati oleh pelanggan mewah.

“Pihak bank mula memperkenalkan Affin Invikta sejak Januari lalu, kepada pelanggan sedia ada yang memenuhi syarat dan kami optimis bahawa 20,000 pelanggan akan menyertai segmen eksklusif ini.

“Ini membuktikan bahawa bank sedang membuat kemajuan positif untuk menjadi bank pilihan bagi pelanggan mewah di Malaysia, dan juga berada di landasan yang tepat untuk mengubah dalam menjadi sebuah bank yang moden dan progresif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara keistimewaan dan faedah eksklusif yang terdapat dalam segmen ini ialah kadar eksklusif melalui Akaun/Akaun-i Affin Invikta hibrid dengan kadar faedah/keuntungan setinggi 2.20 peratus setahun.

Bank itu turut memulakan operasi perniagaan secara rasmi di pusat perbankan premier Affin Invikta yang pertama di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi cawangan bank itu di seluruh negara atau layari laman web Affin Invikta di www.affininvikta.com.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.