PKPD di Kampung Tringgus, Sarawak mulai esok – Ismail Sabri

24

7 MAC: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Tringgus, Bau, Kuching, Sarawak bermula esok sehingga 21 Mac depan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 596 ujian saringan di kawasan berkenaan sehingga hari ini dengan 37 kes positif direkodkan.

ISMAIL SABRI

“Keputusan itu diambil bagi memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk, serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti tersebut, dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan melanjutkan PKPD di Kampung Tanah Merah, Kota Marudu, Sabah, yang sepatutnya berakhir esok.

“Sehingga kini, 319 ujian saringan dijalankan dan 26 kes positif COVID-19 direkodkan, selain terdapat baki 181 keputusan ujian saringan belum diperolehi.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, tempoh PKPD Kampung Tanah Merah akan berterusan sehingga 22 Mac 2021,” katanya. – Oleh ROSLI HASSAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.