Tiga lagi wakil rakyat terima vaksin COVID-19

70

6 MAC: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, hari ini menjalani suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Sadong Jaya.

Ahli Parlimen Batang Sadong itu berkata, beliau memilih untuk mengambil vaksin terbabit bagi memberi keyakinan kepada rakyat.

“Saya menasihatkan orang ramai agar tidak ragu atau bimbang, memandangkan kerajaan sudah memastikan vaksin ini selamat.

“Pelbagai kajian sebagaimana dilakukan negara luar sudah dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Turut menerima suntikan hari ini adalah Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan di klinik kesihatan di daerah itu.

“Syukur, terimas kasih 111 Ahli Parlimen yang menyokong bajet 2021, maka kerajaan ada wang untuk vaksin,” katanya.

Selain dua rakyat itu, hari ini menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo mengambil imunisasi sama.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.