PKP : Jumlah ingkar SOP menurun berbanding semalam

17

6 MAC: Seramai 205 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 193 individu daripada jumlah itu dikenakan kompaun, sembilan direman, manakala tiga lagi dijamin.

“Sebanyak 70 kesalahan yang direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka, gagal menyediakan peralatan merekod pelanggan (62), tiada penjarakan fizikal (25), aktiviti pusat hiburan (18) dan rentas daerah dan negeri tanpa kebenaran (16).

“Selain itu, premis beroperasi melebihi masa dan tanpa kebenaran (6), keluar rumah tanpa alasan munasabah (4) serta lain-lain (4),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

“Dalam perkembangan berasingan, Ismail Sabri berkata, pihak berkuasa menangkap 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas dua bot dan kapal, selain enam kenderaan darat menerusi Op Benteng semalam.

“Pihak berkuasa turut mengesan 111 bot dan kapal di perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan,” katanya.- Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.