JSPT Perak sita 19 motosikal ubah suai ekzos

58

6 MAC: Sebanyak 19 motosikal disita Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak atas kesalahan mengubahsuai ekzos sepanjang Op Khas Kesalahan Bunyi Bising.

Ketua JSPT Perak, Superintendan Zakaria Abd Rahman, berkata operasi sekatan jalan sejak 1 hingga 14 Mac itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan

Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.

“Polis menyita 19 motosikal atas kesalahan ubah suai ekzos sejak bermula operasi sehingga hari ini.

“Mereka yang melakukan kesalahan ini berusia antara 16 hingga 40 tahun.

“Dalam operasi sama, sebanyak 679 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zakaria berkata, setiap pemilik motosikal itu perlu memasang semula ekzos asal jika mahu menuntut kenderaan masing-masing.

“JSPT Perak tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemilik motosikal yang mengubahsuai ekzos sehingga mengeluarkan bunyi bising dan menimbulkan rasa tidak selesa pada masyarakat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.