Tuduhan Anwar terhadap PN tidak berasas – Mohd Rafiq

98

6 MAC: Tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya Perikatan Nasional (PN) menggunakan agensi kerajaan sebagai senjata politik adalah untuk menutup penolakan kepimpinan partinya terhadap beliau sendiri.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, ketika ini tahap ketidakpercayaan dalam kalangan Pakatan Harapan (PH) dan PKR kepada kepemimpinan beliau untuk menerajui partinya sangat meruncing.

Katanya, hubungan antara PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) juga umpama retak menanti belah ekoran isu ‘lompat parti’ wakil rakyat AMANAH kepada parti PKR.

“Anwar tidak konsisten kerana apabila berlaku ‘penghijrahan’ pimpinan PKR dan PH kepada PN, Anwar akan gelar sebagai pengkhianat, tetapi sekiranya ada penghijrahan dari parti lain masuk ke dalam PKR atau menyokong PH, beliau akan menghalalkannya.

“Nampak sangat ketara apabila setiakawan antara parti komponen PH ini sudah tidak wujud.

“Perpecahan blok pembangkang membuatkan rakyat tidak yakin PH mampu melakukan lebih daripada PN,” katanya ketika dihubungi PN BBC.

Sebelum ini, katanya, Anwar mendakwa bahawa beliau mempunyai jumlah kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini mentadbir negara apabila menyatakan ramai Ahli Parlimen akan menyokongnya.

Namun, katanya, semakin hari, semakin ramai pemimpin meninggalkan partinya kerana tidak percaya terhadap kepimpinan Anwar.

Jadi, melihatkan keadaan ini, termasuk beberapa wakil rakyatnya meninggalkan parti, Anwar semakin terdesak dan mengeluarkan pelbagai tuduhan tidak berasas.

“PH sepatutnya memberi sokongan dan dokongan kepada kerajaan kini untuk selesaikan pandemik COVID-19, malah Perdana Menteri sendiri berulang kali memberi jaminan bahawa sebaik pandemik ini pulih, beliau akan menghadap Yang Dipertuan Agong untuk pembubaran Parlimen – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.