10 maut di Mogadishu, pengganas bom restoran guna beca roda tiga

10

6 MAC: Sepuluh orang maut akibat letupan bom di restoran popular di Mogadishu yang dipenuhi pelanggan.

Jurucakap polis, Sadik Dudishe mengesahkan kejadian itu dan mendakwa serangan dipercayai dilakukan pengganas Al-Shabaab menggunakan beca tiga roda dimuatkan bahan letupan yang kemudian ditolak ke arah restoran dipenuhi pelanggan.

“Pengganas melakukan serangan kejam dengan menyasarkan restoran yang dikunjungi ramai orang awam.

“Seramai 30 lagi cedera dalam kejadian ini,” katanya dalam portal berita antarabangsa.

Pegawai keselamatan, Mohamed Osman berkata, angka kematian mungkin meningkat susulan kesan letupan itu.

Katanya, leputan amat kuat, mengakibatkan kerosakan teruk dan kematian orang awam.

“Operasi kini masih diteruskan untuk mencari jumlah sebenar mangsa yang terbunuh,” katanya.

Mogadishu sentiasa menjadi sasaran keganasan Al-Shabaab yang menentang kerajaan susulan mendapat sokongan sekutu antarabangsa.

Kumpulan itu berjaya dilumpuhkan pada tahun 2011, namun saki baki anggotanya masih melancarkan serangan menentang kerajaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.