Steven: dakwaan terima RM20 Juta adalah fitnah semata-mata

21

5 MAC : Dakwaan terhadap Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon yang menyatakan beliau menerima RM20 juta untuk memberi sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah fitnah dan tidak benar.

Steven mengesahkan beliau tidak pernah menerima atau meminta walaupun satu sen, tetapi hanya sekadar meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyediakan platform kepadanya untuk berbakti.

Walaupun itu kenyataan sebenar, menurut beliau, masih terdapat pelbagai pihak memfitnahnya termasuk mendakwa kononnya beliau terlibat dalam ketirisan cukai.

“Sebagai akauntan bertauliah, tidak mungkin saya boleh terus berada dalam bidang ini jika saya lari cukai,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai tindakan meninggalkan PKR, Steven menjelaskan bahawa beliau tidak keluar parti, tetapi sebenarnya telah dipecat dan mengambil keputusan menyokong kerajaan demi rakyat

Tambah beliau, pelbagai masalah di Tebrau termasuk aduan perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat asing hanya boleh diselesaikan melalui koordinasi pelbagai kementerian.

“Saya sokong Perdana Menteri kerana beliau berjanji untuk beri persada untuk membantu pengundi serta perusahaan kecil dan sederhana.

“Tindakan yang saya ambil dan yang berlaku sekarang ini tiada kena-mengena dengan kem (dilabel kem Azmin),” katanya.

Pada 28 Februari lalu, Steven dan Ahli Parlimen Julau Larry Sng dari Sarawak mengumumkan mereka telah keluar daripada PKR dan menyatakan sokongan penuh terhadap Muhyiddin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.