Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada AS$109 bilion

13

5 MAC : Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan rizab antarabangsa bank pusat meningkat kepada AS$109 bilion pada 26 Februari 2021, berbanding AS$108.6 bilion pada 29 Januari.

BNM menerusi kenyataan media memaklumkan paras rizab ini memadai bagi membiayai 8.6 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$100.6 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.5 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$2.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.3 bilion).

“Aset-aset terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM437.92 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM11.17 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.72 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM18.68 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), dan aset-aset lain (RM16.54 bilion), “katanya, hari ini.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan sama BNM memaklumkan modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM169.99 bilion), mata wang dalam edaran (RM139.12 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM138.79 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM9.19 billion), deposit lain (RM14.97 bilion), kertas Bank Negara (RM9 bilion), peruntukan SDR (RM7.79 bilion) dan liabiliti lain (RM5.22 bilion).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.