PN masih kukuh walaupun UMNO tamat kerjasama

31

5 MAC: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perikatan Nasional (PN) masih kukuh walaupun UMNO telah membuat keputusan untuk menamatkan kerjasama.

Kata Muhyiddin, PAS menyatakan pendirian jelas untuk tetap bersama PN dalam meneruskan perancangan gabungan itu, terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau sememangnya mengharapkan kerjasama antara parti gabungan yang membentuk PN dapat dikekalkan untuk pilihan raya, namun menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti berkaitan, termasuk UMNO dalam menentukannya.

“Saya fikir tidak menjadi apa-apa masalah berhubung surat UMNO untuk hentikan kerjasama dengan Bersatu walaupun kita mahu melihat gabungan parti PN terus kekal.

“Tetapi apa pun saya serah kepada gabungan parti, bagaimanapun keadaan PN masih kukuh,” katanya pada sidang media di Pusat Vaksin Klinik Kesihatan Gial hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung surat yang dihantar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara rasmi kepada beliau bagi memutuskan kerjasama dengan Bersatu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.