PM menghadap Raja Perlis sembah maklum perkembangan negara

20

5 MAC: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Istana Arau hari ini.

Dalam pertemuan itu, Muhyiddin mempersembah maklumkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan, ekonomi dan perkembangan terkini negara, terutama berkaitan berkaitan penularan wabak COVID-19, program vaksinasi kebangsaan yang kini dijalankan

Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Selain itu, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Yang turut hadir adalah anakanda baginda, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah, Puteri Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Muhyiddin kemudiannya mengiringi Raja Perlis dan Raja Muda Perlis untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri Arau.

Terdahulu, Muhyiddin mengadakan pertemua tertutup bersama Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man di pejabat Menteri Besar bagi mendengar taklimat berhubung pembangunan negeri.

Mengakhiri lawatan, beliau dijangka melawat Pusat Vaksin (COVID-19) di Klinik Kesihatan Kampung Gial, Kangar, sebelum berlepas pulang ke ibu negara menaiki pesawat khas.

Pada lawatan kerja sehari ke Perlis itu, beliau turut mengadakan tinjauan pembangunan negeri, selain bertemu pimpinan Perikatan Nasional (PN) Perlis.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.