Gempa bumi kuat gegar Kepulauan Kermadec, New Zealand

51

5 MAC: Gempa bumi kuat berukuran 7.5 pada skala Richter melanda Kepulauan Kermadec, New Zealand awal pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi pada jam 3.28 pagi itu berpusat di 1,107 kilometer (km) timur laut dari Tauranga, New Zealand pada kedalaman 10 kilometer.

Menurut kenyataan itu, MetMalaysia dalam penilaian awalnya mendapati gempa tersebut tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.