Doktor wanita terbunuh dalam serangan terbaharu di Afghanistan

19

5 MAC: Selepas insiden tiga petugas media wanita ditembak di bandar Jalalabad di timur Afghanistan ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, Selasa lalu, seorang doktor wanita pula terbunuh akibat letupan bom, semalam.

Mengulas kejadian itu kepada agensi berita, jurucakap pejabat gabenor daerah, berkata doktor itu terbunuh apabila sebutir bom magnetik dipasang pada beca dinaikinya meletup yang turut menyebabkan seorang kanak-kanak tercedera.

“Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap letupan ini.

“Serangan ini menyusul dua hari selepas tiga petugas media ditembak mati di bandar sama dalam serangan berasingan selang beberapa minit,” kata kenyataan itu.

Gabungan kumpulan IS tempatan berkata, penembak dan pelaku pembunuhan itu didakwa sebagai ‘wartawan sebuah syarikat media yang setia kepada kerajaan Afghanistan murtad’.

Sementara itu, Pegawai Afghanistan dan Amerika Syarikat menyalahkan Taliban di atas siri keganasan itu, tetapi kumpulan terbabit menafikannya.

“Pembunuhan ini sangat dirasai wanita yang menganggap hak mereka diabaikan di bawah pemerintah Taliban selama lima tahun, termasuk dilarang bekerja,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.