COVID-19: 2,154 kes baharu, enam lagi kematian dilaporkan

13

5 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan hanya enam kes kematian akibat penularan COVID-19 dilaporkan berlaku di Malaysia hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan pertambahan itu jumlah kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini menjadi 1,159 orang.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham juga mengesahkan sebanyak 2,154 kes baru positif COVID-19 dikesan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya ialah 310,097 kes.

“Daripada 2,154 kes baharu hari ini, sebanyak 2,149 kes membabitkan kes jangkitan tempatan, manakala lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia sekarang adalah sebanyak 22,034 kes termasuk 184 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, dan 87 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sehingga jam 12 tengah hari ini, terdapat 3,275 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 286,904 kes bersamaan 92.52 peratus.

“Selangor terus kekal negeri tertinggi kes positif iaitu 794 kes diikuti Johor, 463 kes; Sarawak, 250 kes; Pulau Pinang, 119 kes; Kuala Lumpur, 108 kes dan Perak, 109 kes.

“Manakala, baki negeri lain merekodkan kes dua angka manakala Kedah( sembilan kes). Putrajaya (empat kes), Labuan (dua kes) dan Perlis (satu kes),” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.