Ceramah agama jadi punca satu daripada 10 kluster baharu

224

5 MAC: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 10 kluster baru di Malaysia termasuk lapan membabitkan tempat kerja serta masing-masing satu kluster komuniti dan keagamaan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata  Kluster Keagamaan Jalan Senu membabitkan melibatkan daerah Larut, Matang, dan Selama di Perak.

Beliau berkata, kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-285447) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan pra pembedahan.

“Kluster ini melibatkan sebuah aktiviti ceramah keagamaan yang berlangsung pada 19 Februari 2021 di Jalan Senu, Kampung Repoh, Batu Kurau.

“Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Noor Hisham berkata, dengan pertambahan 10 kluster berkenaan menjadikan jumlah keseluruhannya 1,187 kluster termasuk 699 sudah tamat dan 488 kluster masih aktif dengan kebolehjangkitan tinggi.

12 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Ceram, Kluster Jalan Selayang, Kluster Kampung Bukit Biah, Kluster Kota, Kluster Bukit Belimbing, Kluster Bandar Teknologi, Kluster Bercham Raya, Kluster Taman Muhibbah, Kluster Kampung Kemansur, Kluster Jalan Mokhtar, Kluster Jalan Jubilee, dan Kluster Jalan Enam Belas.

“Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini adalah 69 kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi membabitkan Kluster Batu Empat (310 kes), Kluster Kampung Nyatoh (72 kes), dan Kluster Perusahaan Jalan Bukit (51 kes).

“KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan lapan kluster berkaitan tempat kerja dan masing-masing satu kluster yang melibatkan keagamaan dan komuniti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata tujuh daripada 10 kluster berkenaan dikesan dikesan di Lembah Klang (Selangor dan Kuala Lumpur) manakala masing-masing satu dikesan di Perak, Pulau Pinang dan Sabah.

Beliau berkata tujuh kluster tempat kerja dikesan di Lembah Klang adalah Kluster Tapak Bina Jalan Zamrud; Jalan Dato Sellathevan; Industri Cheras Jaya; Meranti Utama; Kampung Nyatoh (Selangor dan Negeri Sembilan); Persiaran Alam (Kuala Lumpur) dan Jalan Mutiara Barat, satu lagi kluster tempat kerja ialah Kluster Perusahaan 10 di Pulau Pinang. – Oleh Haika Khazi

Perincian 10 kluster baharu dikenal pasti  hari ini:

KLUSTER KAMPUNG NYATOH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan dan daerah Gombak di Selangor. Tiga (3) kes dalam kluster ini (iaitu kes ke-296511, kes ke-300097, dan kes ke-308185) dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Februari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Kampung Nyatoh, Rantau, Seremban. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 193 individu telah disaring, di mana 74 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA JALAN ZAMRUD

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Zamrud Utama, Kajang, Hulu Langat. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 629 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN DATO SELLATHEVAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Dato Sellathevan, Kampung Jawa, Klang. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER INDUSTRI CHERAS JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Cheras Jaya, Hulu Langat. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 36 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER MERANTI UTAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Meranti Utama, Sepang. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 157 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PERUSAHAAN 10

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Lorong Perusahaan 10, Prai Industrial Estate, Seberang Perai Tengah. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 372 individu telah disaring, di mana 57 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN SENU

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Larut, Matang, dan Selama di Perak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-285447) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan pra pembedahan. Kluster ini melibatkan sebuah aktiviti ceramah keagamaan yang berlangsung pada 19 Februari 2021 di Jalan Senu, Kampung Repoh, Batu Kurau. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN MUTIARA BARAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Petaling dan Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak berhampiran Jalan Mutiara, Cheras. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 86 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PERSIARAN ALAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-285057) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak berhampiran Jalan Persiaran Alam, Cheras. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER KUALA PUNTEH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-296961) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan masuk wad. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan di mana kes-kes berlaku iaitu di Kampung Kuala Punteh, Keningau. Sehingga 5 Mac 2021, sejumlah 132 individu telah disaring, di mana 25 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.