UMNO, Bersatu, Pas dirayu selesai kemelut

35

4 MAC: Jaringan NGO Sedar (SEDAR) merayu kepimpinan UMNO, Bersatu dan Pas supaya mencari penyelesaian segera bagi memastikan jajaran politik yang kuat diwujudkan.

Timbalan Presiden Jaringan NGO Sedar (SEDAR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar, berkata hanya kerajaan pemerintahan dominan peribumi yang kukuh mampu menjamin kontrak sosial seperti termaktub dalam Perlembagaan.

“SEDAR menjangkakan kesatuan tiga parti utama itu dalam satu pasukan dan lambang pada pilihan raya akan datang, berupaya membentuk sebuah kerajaan kuat serta stabil.

“Ini kerana, hanya dengan memiliki jumlah majoriti kerusi kukuh sahaja boleh menjamin kestabilan politik dan ekonomi di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Ahmad berkata, pemerintahan dominan peribumi akan kekal stabil apabila tiga parti politik utama Melayu itu bergerak secara satu pasukan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, hanya melalui kerjasama antara UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berupaya membentuk sebuah kerajaan kuat serta stabil.

Beliau berkata, amat mengecewakan jika tiga parti itu gagal mencari kesepakatan kerana berpotensi memberi peluang kepada parti lawan berkuasa semula.

“Adakah itu yang kita mahu? Hakikatnya, orang Melayu rata-rata serik dengan pengalaman 22 bulan di bawah PH yang ditunjangi DAP dan PKR.

“Orang Melayu sama sekali tidak reda melihat DAP kembali berkuasa di bumi ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.