Johor benar Tambah Bilangan Jemaah Solat Jumaat, Fardu

55

4 MAC : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membenarkan pertambahan jemaah solat Jumaat dan solat fardu yang akan berkuat kuasa mulai esok.

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad menerusi kenyataan memaklumkan jumlah jemaah tersebut telah diputuskan berdasarkan keadaan dan perkembangan COVID-19 di setiap daerah.

“Bagi lapan daerah lain seperti Muar, Batu Pahat, Segamat, Kluang, Pontian, Kota Tinggi, Mersing dan Tangkak, perubahan kepada satu pertiga kapasiti sebenar masjid atau surau untuk solat Jumaat dan fardu.

“Bagi Johor Bahru dan Kulai yang kerap zon merah, perubahan kepada 100 jemaah dibenarkan tidak termasuk ahli jawatankuasa (AJK) dan pegawai masjid atau surau untuk solat Jumaat dan fardu,” katanya, hari ni.

Dalam pada itu, Yahya memberitahu kuliah agama di masjid dan surau dibenarkan namun perlu dilaksanakan oleh penceramah dan guru takmir dalam daerah sahaja.

“Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid dan surau harus sentiasa bertanggungjawab memastikan dan menguatkuasakan semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), “katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.