14 kluster baharu, 11 kluster tamat hari ini

40

4 MAC: Sebanyak 14 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti hari ini yang melibatkan 12 kluster berkaitan tempat kerja, manakala masing-masing satu kluster membabitkan kumpulan berisiko tinggi dan komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan itu menjadikan jumlah kluster wabak itu di Malaysia sebanyak 1,177 kluster, manakala jumlah kluster aktif adalah 490 kluster.

“Lima kluster berkaitan tempat kerja di Selangor itu adalah Kluster Jalan Bukit Tiga, Kluster Jalan Damansara, Kluster Industri Subang, Kluster Jasmine Empat dan Kluster Lagenda Suria.

“Kluster berkaitan tempat kerja di Johor adalah Kluster Jalan Distripark B6, Kluster Jalan Maju Satu, Kluster Jalan Kabel Gemilang dan Kluster Batu 21.

“Di Pulau Pinang kluster di tempat kerja berkenaan ialah Kluster Tapak Bina Queens Waterfront dan Kluster Jalan Bukit Nenas, selain kluster berkaitan tempat kerja di Negeri Sembilan, Kluster Tapak Bina Nilam Sari.

“Dua kluster komuniti dan kumpulan berisiko tinggi adalah masing-masing di Kluster Jalan Limau Manis dan Kluster Persiaran Kempas Baharu,” ujarnya pada sidang media COVID-19 di sini, hari ini.

Sementara itu kata Noor Hisham lagi, keseluruhan jumlah kluster yang sudah tamat adalah sebanyak 687, termasuk 11 kluster yang tamat hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.