11 kluster baharu, 9 daripadanya babitkan tempat kerja

69

3 MAC : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 11 kluster baharu COVID-19 termasuk sembilan membabitkan tempat kerja, masing-masing satu kluster komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan pertambahan 11 kluster baharu berkenaan menjadikan jumlah kumulatif kluster COVID-19 adalah 1,163 kluster termasuk 676 kluster sudah tamat dan 478 masih aktif.

Beliau berkata 13 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Usaha, Kluster Jalan Timah Dua, Kluster Bukit Sekubong, Kluster Jalan Kinabenua, Kluster Tapak Bina Presint Tujuh, Kluster Jalan Sejahtera, Kluster Jalan Sulaman, Kluster Jalan Menerung, Kluster Tapak Bina Sri Petaling, Kluster Jalan Keluli, Kluster Kebor Air, Kluster Jalan Rantau-Siliau, dan Kluster Seri Lanang);

“Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini adalah 74 kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Batu Empat (198 kes), Kluster Jalan Pelabuhan (128 kes), dan Kluster Jalan DPB Lima (32 kes),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Senarai 11 Kluster baru COVID-19 dikesan hari ini:

KLUSTER JALAN PERUBATAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Jalan Perubatan 2, Pandan Indah, Hulu Langat. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 20 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN UTARID

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat dan Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Utarid U5/15, Shah Alam, Petaling. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA JALAN MP

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan MP, Subang Jaya, Petaling. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 163 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER BALAKONG SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan KB 1/9, Kampung Baru Balakong, Hulu Langat. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 60 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN ANAK GASING

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-296200) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Anak Gasing 6/5, Petaling Jaya. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN DPB LIMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan DPB/5, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 32 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN SIKAMAT LAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-294926) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Februari 2021 hasil saringan pra pembedahan. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Jalan Sikamat Lama, Seremban. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN PKNK 1/6

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan PKNK 1/6, Kawasan Perindustrian Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 547 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER KAMPUNG GEDANG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah di Melaka, Petaling di Selangor serta Johor Bahru di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-293609) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis pengebumian yang berlangsung pada 14 Februari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Gedang, Alor Gajah. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 86 individu telah disaring, di mana 35 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER SRI JELUTUNG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pekan di Pahang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-295943) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Ladang Sri Jelutung, Pekan. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 213 individu telah disaring, di mana 30 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN BACHOK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-293662) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Bachok, Bachok. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 105 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.