Setahun memerintah, kerajaan PN lebih berjaya daripada PH

60

2 MAC:  Pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang genap setahun semalam dilihat lebih berjaya berbanding Pakatan Harapan (PH) walaupun menghadapi pelbagai masalah dan cabaran dalam mengatasi wabak global pandemik COVID-19.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, PAS berkata tidak boleh dinafikan kerajaan PN lebih berjaya daripada PH sungguhpun hambatan pandemik Covid-19 sememangnya satu cabaran yang sangat besar di samping kemuraman ekonomi di seluruh dunia.

MOHD. ZUHDI

“PAS pula akan terus berperanan sebagai pengukuh kerajaan PN melalui usaha terus memperkasakan Muafakat Nasional (MN) yang sebelum ini menjadi pencetus tumbangnya kerajaan PH

“PAS terus mengatur strategi untuk menjadi king maker (penyatuan ummah) meskipun pelbagai pihak melihat sasaran PAS itu telah berkubur,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, menerangkan secara  terperinci tentang king maker, Mohd Zuhdi berkata selepas hampir tiga tahun pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), rakyat Malaysia sudah boleh memahami makna king maker.

Beliau berkata, sebelum PRU-14, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyasarkan parti itu berperanan sebagai king maker selepas PRU yang dipandang sinis oleh banyak pihak terutama lawan politik PAS.

“Sejurus sahaja selepas PRU14, PAS tidak pernah berhenti daripada sasaran berperanan sebagai king maker, malah Presiden PAS begitu yakin kerajaan PH tidak boleh bertahan lama.

“Sepanjang 22 bulan pemerintahan PH, gabungan tersebut sentiasa berhadapan dengan masalah tidak sepakat dan prestasi kerajaan PH sangat teruk sehingga mereka digelar dengan kerajaan ‘Kakistokrasi’ atau ‘Gagalkerasi’,” katanya.

Tambah beliau, kemuncak kepada kejituan ini ialah penubuhan Muafakat Nasional (MN) iaitu kira-kira lima bulan sebelum kejatuhan kerajaan PH.

“Pada 22 Februari 2020, MN telah mengadakan permukiman pertama yang menyaksikan satu peristiwa yang amat bersejarah apabila PAS dan Umno mengatur hala tuju bersama.

“Sebaik sahaja permukiman itu berakhir, jelasnya, pada 23 Februari 2020 perpecahan PH sampai ke kemuncak apabila Bersatu telah membuat keputusan untuk keluar daripada PH dan diikuti oleh pasukan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dikenali sebagai Langkah Sheraton.

“Langkah Sheraton tersebut memang berlaku secara tiba-tiba seperti serangan subuh (dawn raid), seumpama usaha memiliki kembali aset-aset negara yang dimiliki Guthrie.

Justeru itu, beliau berkata, pada 24 Februari 2020, kerajaan PH secara rasmi tumbang apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan Perdana Menteri.

“Setelah hampir lima hari Malaysia dipimpin oleh Perdana Menteri interim akhirnya MN, Bersatu, Pasukan Dato’ Seri Azmin, GPS dan beberapa ahli parlimen Sabah mencapai persetujuan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Secara rasmi terbentuklah sebuah kerajaan baharu yang secara tidak rasmi dinamakan Perikatan Nasional,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.