Nur Sajat mahu keluar Islam?

370

2 MAC: Usahawan kosmetik, Nur Sajat, 36, mencetuskan kontroversi lagi pabila mendakwa mahu keluar Islam melalui sebuah video yang kini tular di media sosial.

Namun tidak dapat dipastikan bila tarikh video itu dimuat naik.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 67 saat itu, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjat Kamaruzzaman mendakwa tindakannya itu susulan kenyataan dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Saya baca, tak salah kita buat research (kajian) agama lain kan? Sebab kita tak ada buat apa-apa, lepas itu orang nak salahkan kita teruk.

“Lepas JAIS keluarkan kenyataan itu, saya dah malas nak fikir.

“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Saya sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak ayah saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam, saya keluar daripada agama Islam itu lebih afdal, saya tak main-main, saya cakap betul,” katanya dalam video itu.

Nur Sajat sebelum ini mencetuskan beberapa kontroversi, termasuk dikenakan waran tangkap Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lalu kerana tidak hadir sebutan semula kes berpakaian seperti wanita pada satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Beberapa hari kemudian,  serbuan ke kediamannya dilakukan petugas JAIS dengan bantuan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, namun usahawan itu gagal ditemui dan disyaki bersembunyi di tempat lain. – Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

Get real time updates directly on you device, subscribe now.