Malaysia kemuka enam gesaan berhubung isu Myammar,Rohingya

24

2 MAC: Malaysia hari ini mengemukakan enam gesaan berhubung krisis politik dan kemanusiaan di Myanmar yang disuarakan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Mesyuarat Menteri ASEAN Tidak Rasmi yang berlangsung secara maya hari ini.

Hishammuddin, berkata, gesaan itu adalah supaya pembebasan segera dan tanpa syarat pemimpin politik yang ditahan di Myanmar, selain mengelak menggunakan kekerasan terhadap rakyat awam tidak bersenjata.

“Malaysia juga menggesa ruang perhimpunan awam dan kebebasan bersuara diberikan, di samping mengadakan rundingan semula demi menyelesaikan krisis politik dan mengelakkan peningkatan ketegangan.

“Gesaan turut dibuat untuk mendapatkan akses terhadap bantuan kemanusiaan demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Myanmar serta membenarkan kepulangan pelarian Rohingya ke Wilayah Rakhine secara aman, sukarela serta bermaruah,” katanya menerusi status dimuat naik di Facebook.

Pada mesyuarat sama, Hishammuddin berkata, Malaysia mencadangan supaya ASEAN memberi sokongan demokratik menerusi penubuhan Kumpulan Individu Terkemuka/Pakar Perihal Pilihanraya.

Cadangan lain dikemukakan Malaysia, katanya, adalah supaya Setiausaha Agung dan Pengerusi ASEAN mengunjungi Myanmar dan mempunyai akses terhadap semua pihak terlibat.

ASEAN juga, katanya, dicadangkan terus berhubungan dengan rakan antarabangsa kolektif atau melalui ASEAN Troika.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.