Takwim Sidang Parlimen 8 Mac Tidak Lagi Terpakai

28

1 MAC : Takwim Persidangan Parlimen yang tular ketika ini merupakan takwim asal Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Rakyat sebelum pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong dan tidak lagi terpakai.

Mengesahkan perkara itu, Parlimen Malaysia berkata, berdasarkan Perenggan 14(2) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021, mana-mana Mesyuarat Parlimen yang telah dipanggil sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Ordinan ini tetapi belum diadakan adalah dibatalkan.

“Oleh yang demikian, takwim asal tersebut tidak lagi terpakai,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

MOHD. RASHID

Dalam pada itu, isu ini turut mendapat perhatian Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon yang menyatakan tarikh 8 Mac untuk persidangan Dewan Rakyat seperti dilaporkan beberapa media adalah tarikh takwim asal yang tidak lagi terpakai setelah Ordinan Darurat dikuat kuasa.

Menurut beliau, hanya Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memanggil Parlimen bersidang seperti yang diperuntukkan menerusi Sekysen 12(1)(b).

“Jika mahu parlimen dipanggil, ia perlu mengikut Sekysen 12(1)(b) YDPA boleh prorog, bubar dan panggil parlimen pada yg tarikh difikirkan perlu oleh YDPA, maka suatu urusan lain perlu dilakukan, termasuk proklamasi  prorog dan memanggil Parlimen Penggal Ke- 4.

“Maka suatu urusan lain perlu dilakukan, termasuk proklamasi prorog dan memanggil Parlimen Penggal Ke- 4.

“Perlu diingat juga notis daripada Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) ke Ahli Parlimen (MP) saja adalah 28 hari,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya, malam tadi.  – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.