COVID-19 : Auckland dikenakan sekatan pergerakan 7 hari

38

28 FEB :  Bandar terbesar New Zealand, Auckland diletakkan dalam sekatan pergerakan mulai hari ini selepas mengesan kes baharu jangkitan COVID-19 dalam komuniti.

Sekatan di Auckland yang diarahkan Perdana Menteri negara itu,  Jacinda Ardern akan dilaksanakan sekurang-kurangnya selama tujuh hari.

“Kes baharu itu tidak boleh dikaitkan dengan kes positif lain yang dikesan dalam tempoh dua minggu, walaupun ia dikaitkan dengan sekolah di selatan Auckland.

“Wilayah lain di New Zealand akan dikenakan sekatan Peringkat 2 yang antara lain mengehadkan perhimpunan awam,” kata Ardern dalam sidang media.

Pada pertengahan Februari, penduduk Auckland seramai hampir dua juta dikenakan perintah berkurung mengejut selama tiga hari selepas sebuah keluarga tiga anggota disahkan dijangkiti varian baru virus COVID-19 dari Britain yang mudah berjangkit.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.