519,984 pekerja asing telah disaring babitkan 27,107 majikan

24

21 FEB: Seramai 13,091 warga asing di negara ini menjalani ujian saringan semalam dengan 20 individu disahkan positif COVID-19.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan sehingga semalam, seramai 519,984 pekerja warga asing sudah menjalani ujian saringan COVID-19.

Jelasnya, jumlah tersebut membabitkan 27,107 majikan di seluruh negara.

“Daripada jumlah ini, seramai 8,578 orang telah disahkan positif COVID-19 manakala 511,406 lagi adalah negatif.

“Sehingga kini, sebanyak 1,489 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.