Individu direman langgar SOP meningkat berbanding semalam

14

28 FEB : Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 509 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan (PKP) task force pematuhan semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu, seramai 472 individu dikompaun manakala individu yang direman meningkat kepada angka 37 orang, meningkat berbanding 18 individu semalam.

“Antara kesalahan direkodkan ialah aktiviti Pusat Hiburan (114), tidak memakai pelitup muka (94), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (92) dan tiada penjarakan fizikal (91). 

“Selain itu, kesalahan yang turut dicatatkan 
iaitu rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (58), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (44), aktiviti perjudian (2), ingkar arahan kuarantin (1) dan lain-lain (13),” katanya.

Sementara itu, berhubung Op Benteng semalam, beliau memberitahu, pasukan keselamatan berjaya menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) serta tiga buah kenderaan darat dan sebuah bot. 

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan, sejak 24 Julai tahun lalu sehingga semalam, seramai 132,925 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemuanya telah ditempatkan di 77 hotel dan 12 institut latihan awam (ILA) serta institut pengajian swasta di seluruh negara.

“Semalam, seramai 814 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.

“Seramai 7,625 individu telah dikuarantin dan seramai 124,485 orang dibenarkan pulang manakala 815 lagi dibawa ke hospital, “katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.