PRU-15: UMNO Perak hanya berunding dengan PAS agihan kerusi

34

7 FEB: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad menegaskan UMNO hanya akan berunding dengan PAS bagi menentukan pengagihan kerusi menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Justeru, Saarani yang juga Menteri Besar Perak menegaskan sebarang rundingan berkaitan agihan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hanya membabitkan Barisan Nasional (BN) dan PAS seperti dipersetujui dalam rundingan Maufakat Nasional (MN), sebelum ini.

SAARANI

“Saya tak campur (rundingan kerusi babitkan Perikatan Nasional), UMNO dengan PAS. BN akan hanya akan berunding dengan PAS yang ada di Perak dan di Malaysia hanya koloborasi dengan BN dan Pas.

“Kalau ada perundingan kerusi juga hanya babitkan BN dan Pas, rundingan yang lain saya tak boleh komen,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan Projek Jiwa Murni bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Surau Al-Islahiyah Pekan Lenggong, Perak, hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Ahmad Faizal Azumu memberitahu beliau dilantik untuk mengetuai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi membincangkan isu pengagihan kerusi parti itu dengan parti komponen lain dalam PN untuk PRU-15.

Bagaimanapun Ahmad Faizal turut menyangkal dakwaan bahawa partinya ingin mendominasi kerusi dan menegaskan mana-mana parti dalam PN berhak menyuarakan minat bertanding di mana-mana kerusi.

Namun, Ahmad Faizal menegaskan, perbincangan berkenaan pengagihan kerusi dengan UMNO belum dimulakan.

Mengulas lanjut, Saarani berkata rundingan berkenaan perlu bagi memastikan UMNO dan PAS Perak kekal tidak akan bertembung di kerusi yang sudah dimenangi pada PRU-14.

“Kita (UMNO dan Pas) tak akan lawan di kawasan kita menang, yang lain kita akan agih. Status qou itu dikekalkan dan itu juga persetujuan dalam Muafakat Nasional (MN),” katanya yang memaklumkan pada PRU-14, UMNO Perak menang 27 kerusi manakala PAS tiga kerusi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.