414 dikompaun, 18 direman ingkar PKP – Ismail Sabri

18

27 FEB: Gara-gara tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), seramai 414 individu dikompaun selepas didapati ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 432 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP.

ISMAIL SABRI

“Daripada jumlah itu, 414 dikompaun manakala 18 lagi direman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, antara kesalahan direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan atau merekod diri atau pelanggan (108), tiada penjarakan fizikal (106),  tidak memakai pelitup muka (96) dan rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (51)

“Kesalahan lain ialah keluar rumah tanpa alasan munasabah (42), aktiviti Perjudian (18), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (10) dan lain-lain (1),” katanya.

Jelasnya, kesalahan itu dikesan Pasukan Pematuhan melibatkan 15,175 anggota yang melakukan pemantauan di 6,207 buah restoran, pasar raya (4,397), bank (4,130), penjaja (2,604), pasar awam atau tani (2,323), kilang (1,504) dan pejabat kerajaan (812).

“Turut dipantau ialah tempat ibadah (4,113), tempat riadah (1,633), terminal pengangkutan darat (1,469), terminal pengangkutan air (242) dan terminal pengangkutan udara (134),” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.