Perisikan AS bakal keluarkan laporan pembunuhan Jamal Khashoggi

33

26 FEB : Laporan berhubung pembunuhan kejam wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi akan dikeluarkan oleh Pengarah Perisikan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) dalam sedikit masa lagi.

Kandungan laporan berdasarkan sumber Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan agensi perisikan lain itu dipercayai akan turut mengaitkan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman sebagai dalang yang mengarahkan pembunuhan wartawan itu di Konsulat Arab Saudi, dekat Istanbul.

Sebelum ini, bekas Presiden AS, Donald Trump, mengelak daripada mendedahkan secara terbuka atau menamakan Putera Mohammed terbabit dalam kes itu susulan berhasrat memperkukuh hubungan diplomatik dengan Riyadh.

Bagaimanapun, kes itu mula mendapat perhatian AS selepas Presiden AS, Joe Biden, menyuarakan hasrat menyusun semula hubungan AS dengan negara Asia Barat, sekali gus mengembalikan prinsip hak asasi manusia dalam dasar kerajaan.

Semalam, Biden mengadakan perbualan telefon buat pertama kali dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman, selepas bergelar Presiden sejak lima minggu lalu.

Bagaimanapun, Putera Mohammed dengan tegas menafikan pembabitannya dalam kes pembunuhan itu walaupun beberapa pembantu peribadinya didapati ada kaitan dengan jenayah berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.