KDN kaji semula Akta Hasutan, SOSMA dan ATIPSOM

31

26 FEB: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuhkan lagi aspek perundangan menerusi kajian semula dasar dan tiga akta sedia ada serta penggubalan tiga rang undang-undang (RUU) baharu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, langkah pertama adalah menerusi pelaksanaan Dasar Pengalihan Penyalahgunaan Dadah dan penggubalan dua RUU baru di bawah KDN iaitu RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020 serta RUU Pesara dan Bekas Polis.

Beliau berkata, KDN juga sedang melakukan kajian semula terhadap tiga akta sedia ada iaitu Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migram (ATIPSOM) 2007;  Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Hasutan 1948.

“Kajian semula ke atas undang-undang sedia adalah sangat penting bagi memperkasakan aspek perundangan supaya penguatkuasaan lebih efektif  dan berkesan dapat dilaksanakan.

“Langkah ini selari dengan tiga fokus utama yang kita tetap pada 2020 iaitu memperkukuhkan aspek perundangan; pengukuhan keselamatan sempadan, kawasan maritim dan pintu masuk; kedua, pemantapan institusi dan sistem perkhidmatan di bawah KDN,” katanya ketika menyampai Amanat Tahun Baru Menteri Dalam Negeri (MDN) secara maya di Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata bagi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pula Projek rintis inisiatif penyelesaian dadah secara bersepadu yang dilaksanakan bagi menangani masalah penyalagunaan dadah, substen dan pelenconggan sosial di 12 kawasan dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi.

Malah, sehingga 31 Disember 2020 sembilan daripada 12 kawasan projek rintis berkenaan sudah berjaya dihijaukan.

“Bagi Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sudah melakukan 4,019 rondaan keselamatan di semua 157 daerah dikenal pasti berisiko bagi mengurangkan berlakunya kejadian jenayah di seluruh negara, sepanjang tahun lalu.

“Dalam aspek pertubuhan pula tahap pematuhan dalam kalangan pertubuhan diperiksa meningkat kepada 83 peratus pada tahun lalu berbanding 2019 iaitu meningkat sebanyak 13 peratus khususnya bagi tiga kategori pertubuhan iaitu kebajikan, agama dan sosial.

“Pematuhan dalam kalangan pertubuhan ini amat penting ketiga-tiga kategori berkenaan turut dipantau badan antarabangsa bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan pertubuhan bagi tujuan penggubahan wang haram,” katanya. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.