628 kluster tamat,  493 kluster masih aktif

25

22 FEB : Sebanyak 628 kluster telah tamat termasuk 16 kluster yang tamat pada hari ini.

Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Kompleks Segamaha, Kluster Tapak Bina Lebuh Puteri, Kluster Tapak Bina Flora, Kluster Taman Batik, Kluster Jalan Tengar, Kluster Jalan Slim, Kluster Kejaya, dan Kluster Ladang Sebrang, 

Selain itu, Kluster Bukit Gelugor, Kluster Jalan Kota Burok, Kluster Keluli Tujuh, Kluster Kampung Tanah Merah, Kluster Jalan Empayar, Kluster Jalan Bistari Dua, Kluster Pulau Lima, dan Kluster Jalan Rusa Scientex turut ditamatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kluster aktif kini adalah 493 kluster.

“Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini 91 kluster.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Changkat Jong (474 kes), Kluster Simpang Tiga Muar (55 kes), dan Kluster Tembok Tapah (54 kes), ” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham memberitahu terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lapan kluster berkaitan tempat kerja dan dua kluster melibatkan komuniti. 

Tambah beliau, daripada jumlah itu, empat daripadanya melibatkan negeri Selangor iaitu Tapak Bina Persiaran Freesia, Teknologi Emas, Jalan Jenjarum dan Bukit Putra di Selangor. 

“Selain itu, dua lagi di Johor iaitu di Simpang Tiga Muar dan Jalan Mega Satu Johor manakala selebihnya di Merotai Besar, Sabah; Genting Terang, Pulau Pinang; Kampung Telekong, Kelantan dan Kampung Columbia, Perak,” katanya- Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.