Perbincangan kerusi UMNO-PAS Terengganu masih dalam proses

72

24 FEB : Pembahagian kerusi antara PAS dan UMNO di Terengganu masih di peringkat perbincangan dan terlalu awal mana-mana pihak menyatakan ia menemui jalan buntu. 

Justeru itu, Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menolak dakwaan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) antara parti di bawah gabungan Muafakat Nasional (MN) di Terengganu, menemui jalan buntu.

“Pada saya tidak buntu cuma tidak selesai lagi, bukan penamat lagi. Baru dua kali bertemu (berbincang), jadi dua kali bertemu untuk kata sudah jalan buntu itu saya rasa terlalu awal.

” Panjang lagi perjalanan, InsyaALLAH kita optimis kena berjaya,” katanya ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kuala Terengganu, hari ini. 

Terdahulu, Pengarah Pilihan Raya Umno, Tajuddin Abdul Rahman, dilaporkan mendakwa perbincangan dengan sekutunya di Terengganu mungkin sudah menemukan jalan buntu, susulan PAS menolak cadangan parti itu mengenai pengagihan kerusi

Namun, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata ia merupakan pandangan peribadi Tajuddin dan beliau menyeru kepimpinan utama parti tidak berputus asa dan sentiasa mencari jalan penyelesaian

“Pas tetap menaruh harapan agar kerjasama Perikatan Nasional (PN) antara parti itu, Umno dan PPBM dapat diteruskan pada PRU-15.

“Saya rasa insya-Allah langkah sudah diambil oleh kepemimpinan PAS, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk turut mencari jalan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.