Pakistan tamatkan semua sekatan COVID-19

16

25 FEB: Pakistan semalam mengumumkan menamatkan semua sekatan COVID-19 membolehkan semua aktiviti komersial di seluruh negara beroperasi seperti biasa biarpun negara tersebut masih melaporkan lebih 1,000 kes baharu setiap hari, lapor Agensi Anadolu.

Menurut kenyataan Pusat Tindakan dan Operasi Nasional yang memantau pencegahan virus negara, sekatan terhadap semua tempat awam ditamatkan serta merta manakala makan dan minuman di dalam premis dan majlis perkahwinan, kunjungan ke pawagam dan rumah ibadat dibenarkan mulai 15 Mac.

“Pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial, dan kawalan pergerakan masih diteruskan,” kata kenyataan itu.

Keputusan itu boleh disemak semula bergantung kepada keperluan, tambah kenyataan itu.</p>

Negara dengan penduduk melebihi 200 juta orang itu melaporkan penurunan kes baharu dan kematian yang ketara dalam beberapa minggu lalu. Namun masih mencatatkan lebih1,000 kes harian dan puluhan kematian.

Setakat semalam, jumlah keseluruhan kes jangkitan sejak Mac 2020 574,580 dengan kira-kira 12,708 kematian.

Islamabad telah memulakan kempen vaksinasi kepada petugas kesihatan barisan hadapan dan rakyat berusia 65 tahun ke atas.

Bulan lalu, kerajaan mengumumkan akan memperoleh 17 juta dos vaksin Oxford-AstraZeneca melalui inisiatif COVAX dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pengawal selia ubat-ubatan negara itu setakat ini telah meluluskan penggunaan kecemasan Sinopharm China dan CanSino, Oxford-AstraZeneca dan vaksin Sputnik Rusia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.