JAIS sedang kesan Sajat untuk ditahan

84

25 FEB: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengerahkan kira-kira 122 anggota dan pegawai penguat kuasanya untuk mengesan dan menahan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata tindakan itu dilakukan selepas JAIS menerima waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor, petang semalam.

Menurutnya, tindakan itu perlu selepas Sajjad, 36, gagal menghadiri prosiding kes berpakaian seperti wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada Selasa lalu.

“JAIS mendapat waran tangkap ke atas Sajjad petang semalam, jadi hari ini kita menggerakkan anggota dan pegawai penguatkuasa kita untuk mencari Sajjad di seluruh Selangor,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Pada Selasa lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik itu atas tuduhan berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Berikutan itu Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii mengeluarkan satu waran tangkap terhadap Sajjad.

Pada 6 Januari lalu, Muhammad Sajjad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas tuduhan berpakaian menyerupai wanita dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat kira-kira pukul 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.