Tiada kospirasi, guna jarum suntikan berbeza ikut keperluan

67

25 FEB: Penggunaan dua jenis jarum suntikan yang berbeza adalah mengikut keperluan ketika prosedur suntikan termasuk proses vaksinasi, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM menjelaskan bahawa untuk prosedur menyedut cecair dari botol, ia memerlukan jarum lebih besar berwarna biru untuk memastikan pengambilan adalah lancer.

“Perbezaan warna jarum bermakna saiz lubang berbeza. Jarum yang digunakan untuk menyedut dari botol adalah lebih besar (biru) untuk memastikan kelancaran.

“Manakala jarum bersaiz lebih kecil (merah atau jingga) adalah untuk inokulasi bagi mengurangkan rasa sakit dan lebam,” menurut KKM dalam kenyataan hari ini.

Di samping itu, KKM juga menekankan bahawa jarum yang berbeza diperlukan untuk mencegah pencemaran silang antara pesakit.

“Yang penting, vaksin yang diambil dari botol dan diberikan kepada pesakit tidak berubah,” tambah kenyataan itu.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech sekali gus menandakan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Bagaimanapun, penggunaan dua jenis jarum berbeza yang ditukar daripada biru ke jingga ketika pemberian vaksin COVID-19 kepada Perdana Menteri menjadi perbahasan di media sosial hingga ada pihak menimbulkan teori konspirasi mengatakan beliau tidak disuntik vaksin sebaliknya cecair lain.

Mereka yang menyebarkan teori itu menyorot bahawa picagari yang digunakan untuk mengambil cecair dari botol vaksin Pfizer-Biontech mempunyai hab biru sedangkan picagari yang digunakan untuk menyuntik Perdana Menteri mempunyai hab berwarna kuning.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.