KPM digesa tarik balik buku Sejarah Tingkatan 4

93

24 FEB: Kementerian Pendidikan (KPN) digesa menarik semula buku sejarah Tingkatan 4 dan memperbetulkan kembali fakta yang terkandung dalamnya kerana didakwa secara halus mengagung-agungkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Ketua Pergerakan Pemuda UNMO (Pemuda UMNO), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, lebih mendukacitakan adalah apabila terdapat elemen memfitnah dan tohmahan dibuat terhadap orang Melayu.

ASYRAF WAJDI

Antara fitnah yang terkandung buku sejarah berkenaan adalah menuduh orang Melayu, sebagai barua atau orang suruhan kepada pihak penjajah Jepun, untuk menentang komunis dan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA), seperti yang terkandung di muka surat 75.

“Perkara ini semacam usaha terancang dan sengaja dilakukan ketika 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah bagi menanamkan benih ideologi ‘Malaysian Malaysia’.

“Buku Sejarah berkenaan juga secara halus mencuci pemikiran pelajar bahawa fahaman sosialis dan komunis tidaklah buruk malah diangkat sebagai antara ideologi yang memperjuangkan kemerdekaan.” katanya dalam satu kenyataan menerusi lamannya di Facebook di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Asyraf turut mendakwa, kerajaan PH sudah mengangkat dan menjulang anggota komunis dan MPAJA sebagai wira dan pejuang kemerdekaan yang wajar diberikan pengiktirafan oleh negara.

Konsep Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Council yang dinaungi beberapa parti politik.

Ia diperkenalkan bagi membantah Artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai hak dan keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera.

Selepas Singapura keluar dari Malaysia pada 1965 yang menyaksikan Kuan Yew menjadi Perdana Menteri republik itu, konsep tersebut terus dibawa oleh DAP.

Asyraf berkata beliau juga sudah memaklumkan bahawa, Menteri Kanan dari UMNO sudah maklum mengenai perkara berkenaan dan akan membawanya ke dalam Mesyuarat Kabinet supaya tindakan segera boleh diambil oleh Menteri Kanan Pendidikan, yang menurutnya juga sebahagian daripada kerajaan PH terdahulu.

“Harap mereka ambil tindakan segera!,” katanya. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.