JAIS Masih Tunggu Waran Tangkap Sajat

49

24 FEB: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih menunggu waran tangkap yang akan  dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali Nur Sajat sebelum mengambil tindakan susulan.

Jurucakap JAIS berkata, pasukan penguat kuasanya akan menangkap Sajat untuk dibawa ke mahkamah bagi proses perbicaraan selepas menerima waran berkenaan.

“Kami jangka waran itu akan diterima hari ini. Sebaik terima waran itu, kita akan usaha cari dan tangkap Sajat.

“Setakat ini, kita masih menunggu waran itu,” katanya, hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik itu kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Difahamkan, waran tangkap itu dikeluarkan Hakim Syarie Mohammad Khalid [email protected]

Peguam syarie, Zuri Zaibuddin Budiman yang mewakili usahawan itu, dilaporkan mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan kes ditangguhkan ke 1 Jun depan.

Selain Zuri Zabuddin, usahawan kontroversi itu turut diwakili peguam syarie, Ahmad Nazib Johari, Noor Azlina Che Hassan dan Amirah Zainal.

Pada 6 Januari lalu, Muhammad Sajjad, 36, dituduh berpakaian seperti wanita pada satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina, di pusat kecantikan miliknya di Seksyen 16, Shah Alam, pada jam 7.30 malam 23 Februari 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut jadual asal, Muhammad Sajjad sepatutnya menghadapi sebutan semula kes itu pada jam 9 pagi semalam tetapi hingga prosiding berakhir, kelibatnya tidak kelihatan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.