Armada tegur tajuk berita timbulkan ketegangan UMNO-Bersatu

35

24 FEB : Pertembungan tiga penjuru antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PAS dan UMNO dalam mana-mana pilihan raya akan menimbulkan kerugian kepada semua pihak.

Justeru, Ketua Angkatan BERSATU Anak Muda (ARMADA), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menafikan laporan beberapa protal berita yang menggunakan tajuk berita nakal di mana ia telah menimbulkan ketegangan dengan rakan-rakan di dalam UMNO.

“Apa yang saya katakan sebenarnya adalah mengenai pertembungan tiga penjuru (BERSATU, UMNO, PAS) dalam mana-mana pilihan raya akan merugikan semua pihak.

“Sebab itulah kerjasama adalah penting, maka harapan saya ialah UMNO dapat duduk semeja untuk teruskan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN),” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Semalam, sebuah media melaporkan yang membuat dakwaan kononnya Wan Ahmad Fayhsal mengingatkan UMNO supaya akur bahawa parti itu bukan lagi menjadi kuasa besar dalam politik negara.

Menurut beliau, situasi politik pada masa kini menuntut semua parti bekerjasama memastikan agenda politik parti masing-masing dapat dijayakan.

Sementara itu Wan Ahmad Fayhsal mempertahankan kenyataannya bahawa tiada parti politik pada hari ini yang dominan dan mana-mana pihak yang ingin mencapai majoriti dalam pilihan raya perlulah bergerak bersama.

“Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, rakyat Malaysia berhak tahu fakta yang benar, bukan imaginasi pihak ketiga.

“Saya seru agar laporan-laporan yang nakal dapat dibetulkan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.