Tapak Bina, Kilang kekal jadi lubuk peningkatan kes COVID-19

148

23 FEB: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa tapak pembinaan dan kilang terus menjadi lubuk penularan Covid-19 di Malaysia apabila 11 kluster baharu dikesan hari ini membabitkan lokasi tempat kerja terbabit, manakala dua lagi ialah kluster komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan 13 kluster baharu berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan kluster Covid-19 dikesan di Malaysia sehingga hari ini adalah 1,095 kluster, termasuk 586 kluster sudah tamat dan 509 kluster masih aktif dengan kebolehjangkitan.

Beliau berkata lapan kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Taman Kesedar, Kluster Jalan Manan, Kluster Bah Sayap, Kluster Dialisis Malim, Kluster Kampung Bukit Putera, Kluster Bersepadu, Kluster Kilang Setapak, dan Kluster Jalan Canang Emas.

Katanya, jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini adalan 90 kluster termasuk tiga kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari iaitu Kluster Tapak Bina Digital Lapan (131 kes), Kluster Tembok Bendera (107 kes), dan Kluster Jalan Pelabuhan (95 kes).

Perincian 13 kluster baharu dikenal pasti pada hari ini iaitu:

KLUSTER JALAN DAMAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Damai, Kampung Batu Belah, Klang. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER SUBANG TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Subang 3, Subang Jaya Industrial Estate, Petaling. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 68 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN SERENDAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Sepang, Klang, dan Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 19 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Serendah, HICOM Industrial Estate, Shah Alam. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 1,000 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA DIGITAL LAPAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Digital 8, Taman Perindustrian Kulai. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 464 individu telah disaring, di mana 133 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN CYBER SEMBILAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Cyber 9, Taman Perindustrian Senai IV, Kulai. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 199 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN TEBRAU PANDAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-273897) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Tebrau Pandan, Johor Bahru. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN WAWASAN 16

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-273890) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes-kes dalam kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 16, Kawasan Perindustrian Sri Gading 2, Batu Pahat. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 138 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN SETIAWANGSA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Taman Setiawangsa, Titiwangsa. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 120 individu telah disaring, di mana 51 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN BAYAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak berhampiran Jalan Bayam, Cheras. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 128 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN MUHIBBAH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Betong di Sarawak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-274498) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis sosial yang berlangsung di Jalan Muhibbah, Betong. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 110 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA JALAN EKAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Ekar 1/3, Kampung Rantau, Seremban. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 170 individu telah disaring, di mana 50 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAMAN MAWAR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-286694) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis sosial yang berlangsung di Taman Mawar, Sandakan. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 15 individu telah disaring, di mana kesemua kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN PKNK 3/3

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan PKNK 3/3, Kawasan Perindustrian Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 255 individu telah disaring, di mana 40 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.